Kamis, 31 Januari 2013

Bls: [terangdunia_hkk] DEAR PAK ARAH - KETUHANAN YESUS

Pak Arah, "TUHAN" itu memang TUAN = MAJIKAN = BOSS = PEMIMPIN. 

Dalam bahasa Inggris, "lord" - huruf kecil, dibedakan dengan "LORD" huruf besar. Tapi artinya sama, yaitu: TUAN = MAJIKAN = BOSS = PEMIMPIN. 

"TUHAN" dengan "tuan" hanya untuk membedakan antara ALLAH dengan sesama manusia. 

"ALLAH" sendiri merupakan bentukan dari Al Ilah, yaitu Sesuatu yang kita sembah. Oleh Muhammad dijadikan nama bossnya Jibril. Lalu oleh Lembaga Alkitab Indonesia dicontek untuk menggantikan kata: ELOHIM, yaitu: TUHAN. 

ALLAH untuk disembah, sedangkan TUHAN untuk dituruti. Ini sebenarnya sama saja. ALLAH juga tidak mau disembah saja, tapi juga menuntut dituruti. Demikian juga dengan TUHAN. Karena itu ALLAH dan TUHAN mempunyai makna yang sama, sama seperti "saya" dengan "aku." Kita mau pakai yang mana terserah suka-suka kita saja. Jadi, itu adalah gelar, bukan nama. 

Nah, bahasa Ibrani, sudah mempunyai gelar untuk ALLAH, yaitu: ELOHIM. Seharusnya kita tidak perlu membuat gelar baru lagi: ALLAH atau TUHAN. Jadi, ELOHIM = ALLAH = TUHAN. Sedangkan namanya adalah: YHWH - YAHWEH. 

TUHAN YAHWEH = ELOHIM YAHWEH. 

Kalau sudah pakai TUHAN, jangan lagi pakai ALLAH >> TUHAN ALLAH. Ini nggak benar. 
Harusnya TUHAN YAHWEH atau ALLAH YAHWEH. Sama seperti "pak dokter" - ini salah. Sebab baik "pak" maupun "dokter" sama-sama gelarnya. Pakai salah satunya saja, lalu setelah gelar sebutkan namanya: "Pak Budi" atau "dokter Budi." Jangan "pak dokter Budi." Nggak perlu bertele-tele begitu. 

Kalimat lainnya: "pak guru", "pak komandan", "pak polisi", "pak presiden", dan lain-lainnya. Ini kalimat yang tidak perlu. 

Jadi, sebelum adanya kata-kata: "ALLAH" dan "TUHAN," kita sudah mempunyai kata: "ELOHIM." Dan ini YAHWEH sendiri yang mengajarkannya. Karena itu tentu lebih afdol kalau kita gunakan: ELOHIM dari pada ALLAH atau TUHAN. 

Tapi karena sudah keterlanjuran, saya pikir bukan masalah. Cuma nama YAHWEH harus ada di dalam Alkitab. Jangan digantikan. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dari: ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com>

Pak Rudy

No one has ever seen God, but God the One and Only, who is at the Father's side, has made him known.
John 1:18

(18) Tak ada yang pernah melihat Allah, selain anak tunggal Bapa, yang sama dengan Bapa dan erat sekali kepada-Nya. Dialah yang menyatakan Bapa kepada kita



Memang sukar memahami bible ini kerana ia bercangah antara satu sama lain. 

Mari kita kaji apakah sebebnya.

(13) You call Me the Teacher (Master) and the Lord, and you are right in doing so, for that is what I am.John 13:13

Pak Rudy, sekiranya Lord di terjemah ke bahasa Indonesia ia menjadi Penguasa atau Bangsawan bukan Tuhan . 

http://translate.definitions.net/lord/id

Bagaimana bapak memangil Lord Chancellor of the United Kingdom atau Lord Mayor apakah Pak Rudy dan orang Indonesia memanggil  mereka ini Tuhan?

Ramai  yang menjadi gila kerana cuba memahami bible, semuga mereka di Indonesia tidak menjadi gila kerana kesalahan translation.

Hee Hee  Hee Heee.

Pak Rudy tertipu dik kesalahan terjemahan. Hebat ya setan menyesatkan manusia, hinggakan Tuhan Pak Rudy pun hampir hampir di sesatkan. So tidak hairan Pak Rudy sudah di sesatkan setan.

Definisi Bible

Kita perlu fahami maksud Bible itu terlebih dahulu. Apabila kita mengkaji dan membaca Bible Kristian, maka kita akan mengalami sedikit kekeliruan. Ia bukan satu kitab menceritakan seluruh kepercayaan dan ajaran Kristian sahaja, tetapi ada bahagian yang secara jelas merujuk kepada ajaran agama Yahudi. Bahagian yang merujuk kepada agama Yahudi dinamakan sebagai Kitab Perjanjian Lama (The Old Testament Book). 

Ia diletakkan di bahagian yang lebih awal daripada bahagian yang dinamakan Kitab Perjanjian Baru (The New Testament Book). Cuma dalam Kitab Perjanjian Baru yang mengandungi kisah naratif Jesus Christ (Nabi Isa as) beserta seluruh ajaran dan hujah-hujah agama Kristian sendiri. Namun, kedua-dua bahagian ini diisytiharkan sebagai seluruh Bible Kristian.

Perkataan bible itu sendiri adalah terjemahan asal daripada bahasa Latin yang bersumber daripada perkataan Greek, bibliaBiblia ini merujuk kepada perkataan 'papyrus' atau helaian kertas yang dibawa masuk dari pelabuhan kuno Phoenicia, kota Biblos. Penggunaan perkataan biblos merujuk kepada satu kumpulan tulisan. Bible pada asalnya hanya bermaksud himpunan penulisan.


Kitab Perjanjian Baru

Kebanyakan umat Islam berpendapat bahawa Kitab Perjanjian Baru (The New Testament Book) dalam Bible Kristian yang ada pada hari ini adalah asalnya Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa a.s. sepertimana Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Injil tersebut telah ditokok tambah serta diseleweng oleh penganut Kristian.
 Sebenarnya tidak setepat dan semudah itu hakikatnya hari ini. Kalau ada sebarang analogi yang boleh dibawa untuk penjelasan kepada umat Islam secara mudah dan ringkas, saya berpendapat Kitab Perjanjian Baru dalam Bible Kristian boleh disamakan seperti kitab sirah (sejarah) Rasulullah s.a.w dan pendapat peribadi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. sahaja. 
Ianya adalah cerita daripada sudut pandangan 'para pengikut Nabi Isa a.s.' (ini adalah hanya dakwaan golongan Gereja Kristian hingga ke hari ini) dan juga pentafsiran oleh tokoh-tokoh awal Kristian seperti Paul (atau Saul) of Tarsus.

Adalah amat menarik untuk kita ketahui bahawa semua teks kuno Kitab Perjanjian Baru yang telah dijumpai hingga hari ini adalah dalam bahasa Greek 'koine' iaitu bahasa pasar seharian. Tiada satu pun dalam bahasa Ibrani atau Aramaik. Malah bahasa Greek yang digunakan adalah bahasa seharian yang kasar dan bukan sastera yang baik. 
Cukup aneh untuk sebuah penulisan untuk komuniti yang berbahasa Ibrani dan Aramaik tetapi telah dikarang dalam bahasa asing bagi mereka, iaitu Greek. Sebagai perbandingan betapa janggal fakta ini ialah kalau ada yang menyatakan buku riwayat Suharto yang asli ditulis oleh anak buah Suharto dalam bahasa Siam atau Filipino.
Kitab Perjanjian Baru adalah merujuk kepada 27 buah buku yang dikarang sesudah Nabi Isa a.s. Kenapa dikatakan sesudah Nabi Isa a.s.? Ini disebabkan fakta yang jelas menunjukkan tiada satu tulisan yang sama seperti Kitab Perjanjian Baru yang ada pada hari ini telah wujud pada masa Nabi Isa a.s. berdakwah. Tiada langsung arahan menulis apa yang diucapkan oleh Nabi Isa a.s dalam keempat-empat gospel. Namun itulah fakta yang begitu jelas daripada riwayat Bible Kristian sendiri. Malah, tiada satu pernyataan dalam Kitab Perjanjian Baru yang menyatakan catitan sebarang wahyu daripada Tuhan semasa Nabi Isa as masih wujud di kalangan komuniti Yahudi ketika itu.

Para pengkaji menyatakan bahawa buku terawal dalam Kitab Perjanjian Baru yang muncul di kalangan golongan Kristian pada akhir abad pertama Masihi, iaitu selepas lama Nabi Isa a.s. hilang daripada kalangan mereka. Dikatakan kesemua buku tersebut mula dikarang sekitar dari 50 Masihi hingga 150 Masihi. 
Buku yang dikatakan terawal bukanlah gospel tetapi surat karangan Paul. Namun, setengah pengkaji meletakkan kemunculan tulisan yang boleh dikatakan sebagai kisah Nabi Isa as hanya pada pertengahan abad ke dua, iaitu lebih kurang 100 tahun selepas ketiadaan Nabi Isa as.

Empat buah buku yang awal dipanggil Gospel. Perkataan Gospel adalah ambilan daripada perkataan Latin iaitu Godspelt yang bermaksud 'berita baik' (terjemahan daripada perkataan Greek 'euaggelion'). Cerita tentang riwayat hidup tokoh Jesus Christ (Nabi Isa a.s) terkandung dalam empat buah buku Gospel. Buku ini disandarkan kepada empat orang tokoh yang berlainan iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Mereka ini disebut oleh Kristian sebagai apostle
Konsep apostle ini adalah suatu konsep yang wujud tersendiri dalam doktrin Kristian sahaja. Tiada persamaan hendak kita kaitkan dengan bahasa kita. Bukanlah sebagai nabi atau rasul yang kita fahami. Konsep apostle merujuk kepada murid-murid Jesus Christ (Nabi Isa a.s) seramai 12 orang yang ditauliahkan oleh Jesus Christ (Nabi Isa a.s.) untuk menyampaikan ajarannya kepada manusia yang lain.

1. Gospel menurut Matthew – pengkaji awal terhadap Bible merasakan sebagai ianya buku yang terawal ditulis oleh sebab itu ia diletakkan di bahagian awal. Dikatakan bahawa Matthew, salah seorang daripada 12 orang pengikut nabi Isa a.s., sebagai penulisnya. Golongan Kristian percaya yang buku ini dikarang di Palestin, sebelum penghancuran Kuil Jerusalem sekitar 70 Masihi. 
Namun, pada zaman sekarang, segala teori awal telah diragui. Ramai pengkaji moden meletakkan buku ini dikarang di kota Antioch, Syria. Malah, dakwaan menyatakan Matthew, salah seorang murid Nabi Isa a.s. sebagai pengarang juga telah dicabar.

Gospel ini dikatakan berjiwa 'Yahudi' kerana paling banyak merujuk kepada Kitab Perjanjian Lama terutamanya versi Septuagint. Antara contoh sebagai bukti adalah pada ayat 1:23. dikatakan bahawa seorang gadis yang masih dara, (bahasa Greeknya adalah parthenos) akan melahirkan seorang bayi yang akan diberi nama Emmanuel, merujuk kepada kelahiran Nabi Isa as. Ianya merujuk pada buku Isaiah 7:14 dalam Kitab Perjanjian Lama. 
Kalau mengikut versi Ibrani, ianya adalah hanya wanita muda - bahasa ibraninya almah - kalau seorang gadis daraa bahasa ibraninya ialah bethulah. Keseluruhanya sebanyak kira-kira 54 kali gospel ini telah merujuk atau memetik ayat daripada Kitab Perjanjian Lama sebagai hujahnya. Gospel ini juga dianggap paling sarat dengan kisah-kisah luarbiasa yang tidak wujud pada gospel yang lain.

2. Gospel menurut Mark – Dakwaan awal yang menyatakan penulis Gospel ini ialah Mark, seorang pengikut Nabi Isa a.s. ini telah datang daripada tokoh awal Kristian benama Eusebius dari Caesarea pada sekitar ke abad 3 Masihi. Eusebius menyebut Papias, seorang penulis awal sebagai sumber dakwaannya. Tulisan hasil daripada Papias sendiri tidak pernah ditemui.

Dikatakan Papias telah menyebut yang dia sendiri mendengar berkenaan Gospel Mark ini daripada seseorang yang digelar hanya sebagai 'presbyter' (bahasa inggeris bermaksud elder - orang tua yang berpengalaman), tiada nama yang jelas diberikan.

Gospel ini dianggap paling tidak bermutu dalam corak penggunaan bahasa. Malah, ada pengkaji yang menyatakan ada kemungkinan 'sipenulis' gospel Mark ini hanya menyunting semula daripada gospel matthew dan luke.

3. Gospel menurut Luke – Secara tradisi Kristian, Gospel Luke dikatakan dikarang pada akhir abad ke 2 Masihi oleh Luke. Luke dikatakan sebagai salah seorang pengikut yang disebut oleh Peter (Peter dalam riwayat Kristian merupakan murid paling kanan dan rapat kepada Nabi Isa as). Juga dikatakan Luke juga bertanggungjawab untuk tulisan The Acts Of Apostles. Bagaimanapun, penyelidik moden telah mengemukakan perbezaan fakta antara kesemua hasil tulisan Paul dengan kisah di dalam the Acts Of Apostles sebagai membatalkan dakwaan tradisi berkenaan.

Gospel ini mepunyai kelainan dalam penggunaan bahasa yang lebih baik dan tersusun. Malah gospel Luke lebih mendalam membicarakan peranan ayah saudara Siti Mariam as iaitu Nabi Zakaria as.

Ketiga-tiga gospel Matthew, Mark dan John mempunyai struktur naratif yang hampir serupa hingga ianya dipanggil Synoptic Gospel. 'Synoptic' adalah bermaksud 'pemerhatian daripada seimbas pandang yang sama', berasal daripada bahasa Greek 'synoptikos' (terjemahan bahasa inggeris: viewing at a glance). Ketiga gospel yang kita sebut sebagai Synoptic Gospel tadi amat jauh sekali nada dan strukturnya daripada gospel John.

4. Gospel menurut John – Dikatakan dikarang sekitar akhir abad ke 2 masihi. Dinyatakan penulisnya ialah John (nama Ibraninya ialah Yohanan), salah seorang pengikut Nabi Isa a.s. Namun, pernyataan ini telah dibantah sekarang oleh para pengkaji moden. Mereka menyatakan kemungkinan besar penulisnya adalah bukanlah pengikut Nabi Isa as tetapi cuma seorang 'presbyter' yang disebut dalam Epistle John 2 dan 3.

Gospel yang dianggap paling ganjil dan cukup berbeza daripada ketiga-tiga gospel yang telah disebut. Gaya bahasa naratif yang dibawa lebih berbentuk falsafah. Tempoh masa dan corak misi dakwah Jesus telah ditulis amat berbeza.

Kemudian, buku The Acts of Apostles (yang selalu diterjemah sebagai Kisah Para Rasul) merujuk kepada cerita awal kumpulan apostle dalam menghadapi zaman sesudah Nabi Isa a.s. tiada lagi bersama mereka. Pada buku ini kita akan bertemu buat pertama kali tokoh berbangsa Yahudi bernama Paul (nama Ibrani asalnya adalah Saul). Paul telah muncul dan dijulang sebagai wira mengatasi pengikut Nabi Isa as dan malah saudara Nabi Isa as sendiri. Seluruh buku ini meriwayatkan pengembaraan Paul yang mulai mencorakkan satu misi dakwah Kristian yang jauh berlainan daripada ajaran murni Nabi Isa as.

Buku-buku yang lain adalah asalnya daripada bentuk Epistles iaitu surat atau warkah perutusan rasmi, berasal daripada perkataan Greek, 'epistellein' (terjemahan english: to send to). Sebanyak empat belas buah buku disandarkan langsung kepada Paul, satu kepada James, satu kepada Peter, satu kepada Jude, dan 4 buah buku disandarkan pada John, kesemuanya berjumlah 21 buah buku.

Siapakah Peter, James, Jude dan John? Peter adalah gelaran kepada seorang pengikut yang nama asal Ibraninya ialah Simon/Simeon ben Jonah. Peter adalah terjemahan daripada bahasa Greek, Petros bermaksud batu. James dikatakan adalah saudara Nabi Isa as, tidak jelas adakah dia abang atau adik. Jude juga dikatakan adalah saudara Nabi Isa as. John sering dikaitkan dengan seorang murid kesayangan Nabi Isa as. Namun, ramai pengkaji mulai mempertikaikan siapakah tokoh John ini.

Sebenarnya, segala doktrin Kristian sekarang adalah hasil daripada 21 buku yang asalnya adalah surat dan bukanlah hasil dakwah Nabi Isa as. Ramai pengkaji meletakkan Paul sebagai pengasas utama pelbagai ajaran doktrin Kristian yang wujud hari ini dengan memberikan kandungan surat ini sebagai bukti. Contohnya berkenaan soal penyaliban Jesus untuk menyelamat umat manusia daripada dosa asal Nabi Adam as. (Insya'allah, kisah Paul si Penipu ini akan kita dedahkan dalam perbincangan yang akan datang.)

Akhirnya, satu buku yang dipanggil Revelation (diterjemah kepada bahasa Indonesia/Melayu sebagai Wahyu). Buku yang dipanggil Revelation ini amat berbeza sekali dengan buku-buku yang lain dalam Kitab Perjanjian Baru. John dikatakan telah didatangi oleh Nabi Isa a.s. yang menceritakan tentang hal-hal yang dikatakan menjelang akhir zaman. Banyak kisah-kisah ramalan yang mashyur di barat yang sering kita dengar berasal daripada buku ini antaranya apocalypse, Armageddon dan juga Anti-Christ (dengan kisah syaitan diwakili oleh angka 666).
Pak Rudy, Mari kita terus membaca
http://www.oocities.org/harris_cosmo/bible2.htm

Tidak ada komentar: